Saturday, May 1, 2010

KRISIS RUMAHTANGGA

NUSYUZ

Dari sudut bahasa bermaksud ingkar.

Pada istilah bererti sesuatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah mengikut hukum agama.

Perbuatan Isteri Yang Dianggap Nusyuz

  1. Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada tujuan yang mustahak.
  2. Tidak melayan suami tanpa suatu keuzuran.
  3. Musafir tanpa keizinan suami.
  4. Membantah atau mengingkari perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
  5. Melahirkan reaksi yang tidak baik terhadap suami.

Langkah Dan Cara Mengatasi Masalah Nusyuz Menurut Islam

Pihak suami wajib memberi didikan agama dan tunjuk ajar supaya mereka menjadi wanita yang solehah.

Suami isteri hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing terhadap keluarga dengan penuh ikhlas dan amanah.

Suami isteri perlu mengetahui dan memahami tanggungjawab masing-masing dan mengelakkan perasaan kurang puas hati di antara satu sama lain ada kelemahannya.

Pihak suami perlu memberi penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas pengorbanan isteri dalam urusan rumah tangga.

Suami isteri perlu peka terhadap keperluan bersama supaya tidak timbul rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perlu memastikan memilih jodoh daripada lelaki atau wanita yang beriman.

Cara Suami Bertindak Terhadap Isteri Nusyuz

Apabila berlaku nusyuz perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian.

  1. Nasihat

Memberi nasihat dengan lemah-lembut

Memberitahu kelurga isteri mencari jalan damai

Mendapatkan khidmat nasihat pakar kaunselor Muslim untuk menyelesaikan masalahnya

2. Mengasing dari tempat tidur

Memulaukan tempat tidur isteri tidak lebih tiga hari

3. Memukul

Memukul isteri tanpa mencederakan

4. Bertahkim

Iaitu melantik jururunding untuk menyelesaikan perselisihan rumahtangga, seorang dari pihak lelaki dan seorang dari pihak perempuan

Bahagian Nusyuz

Nusyuz yang menggugurkan nafkah dan pembahagian giliran bagi yang berbilang isteri.

Iaitu keluar rumah dengan tidak meminta keizinan dari suami tanpa darurat(keperluan yang mendesak) dan keperluan syara’. Tidaklah gugur nafkah dan pembahagian dengan sebab keluarnya isteri untuk menemui kadhi kerana menuntut hak. Atau meminta fatwa yang suaminya tidak dapat memberinya.

Nusyuz yang tidak menggugurkan nafkah dan pembahagian.

Iaitu seperti isteri memaki dan menyakiti hati suami dengan lidah dan lainnya. Perbuatan separti ini tidaklah menggugurkan nafkah dan pembahagian giliran tetapi berdosa. Suami berkewajipan memberi nasihat kepadanya.

Implikasi Yang Akan Timbul Daripada Nusyuz

Isteri akan kehilangan hak sebagai seorang isteri seperti tidak mendapat perbelanjaan harian dan pakaian.

Isteri yang terbukti nusyuz langsung tidak berhak menuntut sebarang tanggungan suami terhadapnya.

Pihak isteri mendapat kemurkaan Allah ketika di dunia mahupun di akhirat nanti.

Suasana rumahtangga akan berlaku krisis yang berpanjangan yang akhirnya boleh membawa perceraian.

Boleh membawa kerenggangan perhubungan antara keluarga kedua pihak suami-isteri.

TALAK

Dari sudut bahasa arab talak bererti tindakan melepas atau menguraikan ikatan.

Pada istilah bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz, seperti perkataan cerai atau talak oleh seorang suami kepada isteri seperti:

Engkau telah aku ceraikan”.

Engkau seorang perempuan yang telah ditalakkan

Hikmah

Untuk hidup di dalam pergaulan yang sempurna.

Sebagai satu jalan yang paling mulia untuk mengatur rumahtangga dan keturunan.

Sekiranya dalam pergaulan di antara suami isteri itu tidak dapat menyampaikan tujuan tersebut bahkan sebaliknya menimbulkan perpecahan di antara keduanya yang menyebabkan tidak ada persepakatan dalam hidup di antara keduanya, maka dengan keadilan Allah s.w.t. memberikan satu jalan keluar dari segala kesukaran itu, iaitu perceraian.

Hukum

Wajib

Iaitu apabila terjadi perselisihan diantara suami isteri, sedangkan kedua-duanya hakim (dari pihak suami dan isteri) yang menghakimkan perkara itu berpendapat mereka perlu bercerai.

Sunat

i. Apabila suami tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isteri (tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup)

ii. Ataupun isteri tidak menjaga kehormatan dirinya.

iii.Atau isteri yang lalai menunaikan kewajipan terhadap Allah sedangkan suami tidak berkuasa memperbaiki atau mencegahnya.

Haram (bidaah)

i. Menjatuhkan talak sewaktu isteri sedang dalam haid atau nifas.

ii. Menjatuhkan talak sewaktu isteri suci yang telah disetubuhinya di waktu suci itu. Sepatutnya kalau hendak diceraikan jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci dari haid.

Makruh

Iaitu jika suami menceraikan isteri tanpa keperluan yang mendasak seperti mencaraikan isteri yang baik,jujur, berakhlak mulia dan tidak terdapat apa-apa kesalahan.

Rukun Talak

  1. Yang menjatuhkan talak (suami)
  2. Isteri yang kena talak
  3. Lafaz talak
  4. Qasad
  5. Wilayah

Syarat-Syarat Suami Yang Menjatuhkan Talak

Baligh - tidak sah talak dari suami yang masih kanak-kanak.

Berakal - tidak sah talak dari suami yang gila atau yang hilang akal kecuali disengajakan, maka jatuhlah talaknya.

Dengan kehendak sendiri - tidak sah talak dengan paksa.

Dengan sengaja - Tidak sah talak dengan tidak sengaja.

Syarat-Syarat Sah Paksaan

i. Orang yang memaksa itu berkuasa untuk melaksanakan segala ugutan secara zalim.

ii. Yang kena paksa itu lemah atau tidak berdaya untuk memeprtahankan diri samaada lari atau sebagainya.

iii. Dengan sengaja – tidak sah talak dangan tidak sengaja (tidak berniat) seperti terlanjur lidah bagi orang yang latah atau guru yang mangajar murid-muridnya.

Pembahagian Talak

Talak Sunni

Talak Bid’ie.

Talak Yang Bukan Sunni Dan Bid’ie

Talak Sunni

Iaitu talak yang sesuai mengikut ajaran Islam.

Keadaannya adalah seperti berikut:

i. talak 1 dan 2

ii. talak isteri ketika sedang suci dari haid

iii. talak isteri tidak disetubuhi di dalam masa suci.

Hikmah :

Kerana yang demikian akan mencepatkan selesai edahnya.

Talak Bid’ie

Iaitu talak yang bertentangan dengan Sunnah Rasul(syara’’)

Keadaannya adalah seperti berikut:

i. talak 3 sekaligus.

ii. talak isteri dalam haid.

iii. talak isteri diwaktu suci tetapi disetubuhi di dalam suci itu.

Talak ini ditegah, kerana menggugurkan talak diwaktu suci yang disetubuhi mengakibatkan penyesalan bila didapati hamil selepas itu.

Talak Yang Bukan Sunni Dan Bid’ie

Keempat-empat orang dibawah boleh dijatuhkan talak pada bila-bila masa sahaja

1. Menggugurkan talak ke atas isteri yang kecil dan belum haid.

2. Menggugurkan talak ke atas isteri yang telah tua yang putus daripada haid.

3. Menggugurkan talak ke atas isteri yang sedang hamil.

4. Isteri yang menebus talak tetapi belum pernah disetubuhi.

Talak Bain

i. Bain Sughra

Iaitu talak yang tidak boleh rujuk semula tetapi boleh akad nikah yang baru.

Talak yang termasuk dalam bain sughra ialah bain sughra dan bain kubra:

1. talak Raj’ie (talak 1 @ 2) yang tamat tempoh iddahnya.

2. isteri yang ditalak yang belum disetubuhi.

3. isteri yang tebus talak.

ii. Bain Kubra

Iaitu talak yang tidak boleh rujuk dan dinikahkan semula dengan akad nikah yang baru. Talak yang termasuk dalam bain kubra ialah :

isteri yang dili’an

isteri yang ditalak 3 kecuali dengan tiga perkara iaitu:

v bekas isteri berkahwin lain.

v di ceraikan oleh suami yang baru dan telah digaulinya.

v telah habis edah

Cara Berlaku Talak Tiga

1.Menjatuhkan talak itu 3 kali pada masa yang berlainan seperti:

i. Suami menjatuhkan talak terhadap isterinya. Kemudian dalam masa edah ditalaknya satu lagi kemudian dalam masa edah keduanya ditalak lagi dengan talak satu.

ii. Suami menjatuhkan talak satu terhadap isterinya kemudian selepas selesai edah dikawininya semula kemudian ditalaknya lagi, setelah selesai edahnya dikahwininya lagi, kemudian ditalaknya lagi bagi kali yang ketiga.

2.Menjatuhkan talak 3 kali pada masa yang sama seperti:

i. engkau aku talak 3

ii. engkau ku talak, engkau ku talak, engkau ku talak (dalam satu masa).

Orang-Orang Yang Tidak Sah Menggugurkan Talak

Budak

Orang gila

Orang yang dipaksa

Perempuan Talak Tiga

Orang yang tidur

No comments:

Post a Comment