Saturday, May 1, 2010

KEKELUARGAAN ISLAM

  • Perkahwinan

Ø Dari sudut bahasa perkataan “nikah” berasal dari bahasa arab yang bermakna “Kumpul,himpun dan cantum”

Ø Mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah ialah satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij atau terjemahannya”.

  • Dalil
  • Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3
  • Maksudnya:

Maka kahwinlah wanita-wanita yang kamu senangi:dua,tiga dan empat.Tetapi jika kamu takut tidak dapat melakukan keadilan, maka kahwinlah seorang sahaja.

  • Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan (iaitu zahir dan batin) untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan (menjaga) pandangan mata dan mengekang hawa nafsu (menjaga kehormatan). Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu (mengawal nafsu syahwat).

(Al-Bukhari dan Muslim)

  • Matlamat Perkahwinan
  • Mendapat keredhaan Allah
  • Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
  • Mawaddah dan rahmah (Hubungan an kasih sayang)
  • Mendapatkan zuriat
  • Memenuhi kehendak semulajadi (naluri)
  • Menjaga akhlak dan peribadi
  • Menjaga keselamatan sosial
  • Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan
  • Mempertingkatkan usaha
  • Membentukkan sahsiah yang mantap
  • Hukum Nikah
  • Hikmah Perkahwinan
  • Pemeliharaan terhadap benih-benih manusia
  • Pemeliharaan terhadap keturunan
  • Penyelamat masyarakat daripada aktiviti tidak bermoral
  • Penyelamat masyarakat dari penyakit
  • Mententeramkan rohani dan naluri
  • Menjalin kerjasama antara suami isteri untuk membangun keluarga dan mendidik anak-anak
  • Menyuburkan perasaan kasihan belas terhadap ibubapa
  • RUKUN NIKAH
  1. Calon suami personal yang tertentu
  2. Calon isteri personal yang sudah tertentu.
  3. Wali
  4. Dua saksi
  5. Ijab dan qabul
  • Syarat-Syarat Sah Nikah
  1. Syarat-Syarat Calon Suami Dan Calon Isteri
  • Wali

Susunan Wali

  • Syarat-Syarat Wali
  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Merdeka
  • Berakal.
  • Adil (tidak fasik).
  • Atas kemahuan sendiri.
  • Bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah.
  • Tidak cacat akal sama ada kerana terlalu tua atau sebagainya.
  • Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan harta bendanya kerana bodoh atau terlalu boros(orang yang muflis.)
  • Syarat Saksi
  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Merdeka (bukan hamba)
  • Berakal (tidak gila)
  • Adil (tidak fasik)
  • Tidak dipaksa(atas kemahuan sendiri.)
  • bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah.
  • Dapat melihat ,bercakap dan mendengar
  • Saksi hendaklah bukan orang yang boleh menjadi wali bagi si perempuan yang akan nikahinya.(Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)
  • Kuat ingatan, tidak pelupa.
  • Memahami ijab dan qabul (faham dengan bahasa yang digunakan ketika akad.)
  • Ijab dan Qabul
  • Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin laki-laki
  • Qabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan ijab.
  • Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul

Syarat Ijab

  • Hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat seperti:'ankahtuka' (aku nikahkan engkau) ataulafaz 'zawwajtuka' (aku kahwinkan engkau)
  • Tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain umpamanya: "Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-lain".)
  • Ijab mesti ta'yin iaitu mesti disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan. Tidak boleh seperti dengan lafaz: "Kunikahkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya". Ijab seperti ini batal.
  • Ijab hendaklah diikuti qabul oleh pengantin lelaki dengan segera.
  • Ijab dan qabul hendaklah didengar dan difahami oleh dua saksi.
  • Ijab tidak boleh bertaklik (penggantungan pada sesuatu kejadian). Contohnya: "“ Aku nikahkan dikau dengan anakku Siti Zubaidah sekiranya anakku itu diceraikan dan selesai eddahnya”.
  • Lafaz nikah itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan yang terbatas dan tertentu (dihadkan masanya)..Umpamanya si wali berkata: "Kunikahkan kau dengan anakku bernama ...... dalam masa 10 tahun".
  • Lafaz daripada wali atau wakilnya.
  • Sambungan….

Syarat Qabul

  • Diterima oleh calon suami seperti katanya:
  • aku termai nikahnya …..
  • Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan qabul (lafaz akad).
  • Lafaz qabul (terima) tidak tertaklik.
  • Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya.
  • Hendaklah disebut nama isteri.
  • Lafaz qabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.
  • Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.
  • MEMILIH JODOH

Islam mengajar umatnya ciri-ciri memilih jodoh kerana pekahwinan bukanlah untuk sehari dua sahaja tetapi untuk sepanjang hayat dan mendapat generasi yang baik agar mendapat kebaikan di akhirat kelak bukan setakat di dunia sahaja.Oleh itulah perlu memilih jodoh yang dianjurkan oleh agama

  • Dalil
  • Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia

(Bukhari dan Muslim)

  • Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Kahwinilah perempuan yang keturunan banyak anak yang bersifat kasih sayang kerana aku mempunyai umat yang ramai di hari kiamat”.

  • Ciri-Ciri Utama Memilih Jodoh
  • PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI
  1. Haram Buat Selamanya

Sebab keturunan

§ Ibu, nenek hingga ke atas.

§ Anak, cucu dan seterusnya ke bawah

§ Saudara perempuan (adik beradik)seibu sebapa @ sebapa @seibu

§ Emak saudara sebelah bapa@ ibu hingga ke atas

§ Anak saudara lelaki @ perempuan hingga ke bawah

  • Haram Buat Selamanya
  • Sebab penyusuan

Ibu yang menyusukan hingga ke atas.

Bapa atau suami kepada perempuan yang menyusukannya

Saudara perempuan yang sepersusuan.

Anak perempuan sepersusuan.

Emak saudara sepersusuan sebelah bapa/ibu

Anak perempuan saudara lelaki/ perempuan sepersusuan

  • Syarat-syarat haram sebab susuan
  • Ibu yang menyusukan telah baligh.
  • Anak yang disusukan belum sampai dua tahun.
  • Lima kali susuan yang berasingan dan tiap kali menyusu sampai kenyang.
  • Susu yang diberi mestilah ditelan dan sampai ke perut si anak.
  • Haram Buat Selamanya
  • Sebab Persemendaan (ambil-ambilan)

Ibu tiri, datuk tiri ke atas.

Ibu mertua samada dari keturunan @ penyusuan.

Menantu perempuan, cucu hingga ke bawah.

Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka halal kahwin samada anak tiri itu dari keturunan @ penyusuan.

  • Haram Buat Sementara Waktu
  • Sebab menghimpunkan

Emak saudara isteri sebelah ibu.

Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

saudara isteri (ipar)

Masih isteri orang

  • Masih dalam eddah
  • sebab talak 3
  • berlainan agama
  • PERTUNANGAN(AL-KHITBAH)
  • Al-khitbah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud pertunangan.
  • Ia boleh ditakrifkan “melahirkan keinginan hendak berkahwin dari seorang lelaki terhadap seorang perempuan melalui saluran syara’”.
  • Dalil

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Katanya:

“ Saya berada di tempat kediaman Nabi s.a.w. tiba-tiba ada seorang lelaki datang memberi tahu bahawa dia akan berkahwin dengan seorang perempuan Ansar, maka Nabi s.a.w bertanya sudahkah engkau melihat dia ? Dia mengatakan belum. Kemudian Nabi s.a.w berkata pergi dan lihat dia kerana dalam mata orang-orang Ansar itu ada sesuatu (Hadis riwayat Muslim dan Nasai)

  • Hikmah
  • beribadah kepada Allah
  • untuk mendapat pasangan yang benar-benar serasi dalam kehidupan berumah tangga.
  • sebagai penghormatan kepada kaum wanita.
  • Proses Pertunangan
  • Pinangan Bertindih
  • Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Diharamkan ke atas kamu meminang tunangan orang lain melainkan apabila pertunangan itu diputuskan atau diizinkan kepadanya”

  • Kafaah(Sekufu)
  • Kafaah dari segi bahasa bermaksud sebanding atau sepadan manakala dari segi syara’ pula ialah perkara yang dengan ketiadaannya menyebabkan ‘aib sepadan (kafaah)
  • Hikmah kafaah adalah :

untuk menjaga keselamatan dan kerukunan dalam perkahwinan.

agar suami mempunyai kewibawaan serta kehebatan dipandang tinggi,hormat dan mulia pada pandangan isteri.

agar suami dapat mendidik dan mengawal isterinya

  • Aspek Yang Dinilai Bagi Kafaah
  • Beragama
  • Merdeka
  • Hargadiri (iffah)
  • Keturunan
  • Akhlak
  • Berilmu
  • Aib
  • Umur
  • Pekerjaan
  • MASKAHWIN / MAHAR
  • Definisi

Maksud mahar dalam perkahwinan ialah pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri dengan sebab perkahwinan

  • Sesuatu Yang Boleh Dijadikan Maskahwin

§ Mata wang

§ Harta benda

§ Pekerjaan (mengajar ilmu agama)

§ Makanan

§ Memerdekakan hamba

  • Kadar Maskahwin
  • Ulamak Fikah telah membahagikan maskahwin kepada dua jenis iaitu:

i. Mahar musamma : Maskahwin yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak, samada disebut semasa akad atau tidak dengan kerelaan.

ii. Mahar mithli : Mahar yang tidak ditentukan kadarnya, tetapi dibandingkan dengan mahar keluarga isteri.

  • Hukum Menyebut Mahar Semasa Akad
  • Hukum Menyebut Mahar Semasa Akad

Sunat : Hukum asal adalah sunat, kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad

Wajib : Wajib pada keadaan-keadaan berikut:

§ Jika bakal isteri masih kecil (belum baligh), gila, atau bodoh sedangkan bakal suami bersetuju memberi mahar yang lebih dari yang sepatutnya.

§ Perempuan yang sempurna tapi tidak menyerahkan urusan maskahwin kepada walinya.

§ Jika bakal suami masih kecil (belum baligh), gila, atau bodoh dan belum boleh menguruskan dirinya sendiri sedangkan bakal isteri bersetuju mahar yang kurang dari yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment