Saturday, May 1, 2010

SISTEM KEWANGAN ISLAM

Latar Belakang Sistem Kewangan Islam

Sistem kewangan Islam telah dibentuk dengan beransur-ansur semenjak zaman Rasulullah s.a.w

Setelah itu dari semasa ke semasa sistem ini telah diperbaiki dan diperkembangkan.

Pada zaman Sayyidina Umar Al-Khattab (r.a.) barulah agak jelas terbentuk sistem kewangan Islam ini

Tujuan Sistem Kewangan Islam

Mengumpulkan modal yang mencukupi untuk pengeluaran

Penggunaan dan penukaran.

Mengagihkan modal kepada sektor-sektor yang benar-benar memerlukan dan boleh membawa faedah kepada masyarakat keseluruhannya.

Menentukan kestabilan harga

Menentukan keadaan ekonomi yang makmor dan bersih dari segala kesempitan dharuri di peringkat individu.

mewujudkan keadilan dan ihsan.

Ciri-ciri Sistem Kewangan Islam

Sifat tolong-menolong antara satu sama lain dan bukan persaingan yang sengit

Kegiatan yang dilakukan mestilah disertai dengan persetujuan bersama

Kegiatannya hendaklah disertai dengan sifat yang digalakkan oleh Islam seperti qana’ah (kesederhanaan), ikhlas, benar, bertimbang rasa dan lain-lain.

Bebas dari segala larangan termasuk riba, gharar, ikhtikar, penindasan, penipuan, pembaziran dan sebagainya

Prisip-prinsip Asas Sistem Kewangan Islam

Tauhid

Tauhid sebenarnya menguatkan aqidah dan menyedarkan manusia itu terhadap dirinya, penciptanya, hubungan antara dirinya dan tuhannya, dan hubungan antara manusia dengan manusia lainnya

Konsep Harta

Harta kekayaan adalah hal Allah

Manusia sebagai pemegang amanah

Harta yang dikumpul hendaklah dengan cara yang halal

penggunaannya hendaklah dengan cara yang halal dan boleh berfaedah kepada dirinya, keluarganya, masyarakatnya

Islam menggalakkan waqf kepada ummatnya yang berharta. Institusi waqf ini antara lain menunjukkan bahawa harta waqf itu tidak boleh dihabiskan, tetapi ia hendaklah dilaburkan dan Cuma hasilnya di gunakan.

Islam Mengecam keras terhadap mereka yang menyimpan harta tanpa dilaburkan

Konsep Tolong menolong

Orang Islam tidaklah sepatutnya bersaing dan berlumba-lumba dalam segala perkara tanpa tujuan yang jelas dan tertentu. Persaingan yang sihat sememangnya digalakkan, tetapi persaingan yang sengit dalam mengumpul harta sehingga boleh membawa kepada keburukan seperti pembunuhan, kecurian, perompakan, penipuan dan kegiatan yang telah diharamkan dalam Islam

Pelaksanaan Sistem Kewangan Islam Di Malaysia

Perlaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia dilaksanakan secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat

Jawatankuasa ini digelar badan Perunding Islam (BPI) yang dianggotai oleh pada cendikiawan Islam dari berbagai bidang. Melalui badan Perunding Islam dan kumpulan lain , dua institusi kewangan Islam iaitu Bank Islam malaysia dan Syarikat takaful Malaysia sendirian Berhad telahpun diwujudkan masing-masing pada tahun 1983 dan 1985.

Memperjuangkan empat perkara penting yang harus diIslamkan:

Amalan riba.

Pasaran wang, pasaran modal dan pasaran saham.

Amalan agen-agen atau mereka yang mengambil bahagian dalam institusi kewangan yang tidak selaras dengan syariat Islam.

Undang-undang yang telah digubal mungkin sesuai untuk sistem kewangan sekarang , tetapi memerlukan pindaan atau kadangkala penggubalan baru supaya sesuai dengan institusi kewangan Islam.

Perbezaan Sistem Kewangan Konvensional dan Sistem Kewangan Islam

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

BAITUL MAL

Merupakan perbendaharaan dan mempunyai peranan yang lebih penting selain menyimpan dan mengagihkan harta kerajaan.

Berperanan dalam membentuk dan menggubal polisi kewangan dan pembiayaan awam yang kini dilakukan oleh Kementerian Kewangan;

Melaksanakan tugas Bank Pusat terutama sebagai “lender of last resort” atau peminjam terakhir;

Membentuk dasar dan melaksanakan perancangan dan pembangunan negara.

Berperanan mengutip segala kutipan (zakat dan cukai lain) yang wajib mahu pun harus.

WAQAF

Merupakan institusi agama yang sah di mana seseorang dapat mendermakan sebahagian daripada hartanya untuk tujuan agama atau kebajikan. Ulama Islam telah memutuskan bahawa institusi ini dibenarkan untuk memiliki harta. Waqaf dibenarkan untuk menjual dan membeli, boleh berhutang dan memberi hutang dan boleh disaman dan menyaman. Ciri-ciri yang ada pada juridical person terdapat pada waqaf.

INSURANS

Operasi insurans berlaku di zaman selepas kewafatan Rasulullah, apabila pedagang- pedagang perdaganagan antarabangsa pada masa dahulu berpakat dan berkongsi melaksanakan sistem insurans untuk mengurangkan risiko kerigian melalui pembahagian keuntungan. Malaysia mula menubuhkan Syarikat Takaful Malaysia Berhad pada 15 Julai 1985 dan MNI Takaful Sdn. Bhd. yang ditubuhkan beberapa tahun kemudian.Objektif Takaful adalah untuk menyediakan perlindungan kepada masyarakat Islam yang ditimpa malapetaka melalui mekanisme yang selaras dengan syarak iaitu secara mudharabah.

1 comment: